Wednesday, November 11, 2009

Minyak Dhob Asli

Yang berminat hendak beli minyak dhob asli, sila hantar sms kepada 0163055948 Yop. Terima kasih

Monday, November 3, 2008

Cara Kenal Madu Asli Kaedah Orang Iran

Saya pernah bertemu dengan orang Iran yang menjadi orang tengah Syarikat Sabalan Shahd beberapa tahun dahulu. Di antara soalan yang popular yang ditanyakan kepada beliau adalah macamana cara nak mengenal madu asli. Biasalah, kalau orang Melayu, guna mancislah, campur dalam air goyang-goyang keluar bentuk macam saranglah. Orang Iran tu jawab senang saja, bila kita telan madu yang asli, pertama kita akan rasa manis perit di tekak. Bila madu asli tu dikemam dalam mulut sebelum telan, lidah terasa seolah-olah macam melekat pada lelangit, tak mahu berpisah. Kalau madu tak asli, bila kita telan madu tu rasa manis sahaja. Itu saja kaedah yang beliau beritahu. Itu kaedah fizikal lah. Kalau nak uji secara kimia, terpaksalah bawa ke makmal untuk diuji. Barulah tahu, glukos berapa, fruktos berapa, moisture content berapa. Tu lah kita orang Melayu sebab dah kerap sangat kena tipu terbeli madu bercampur gula, maka dah susah kita nak kenal madu asli atau tidak. Sehinggakan madu bercampur gula tu disangka madu asli, tup-tup bila makan, nah glukos darah jadi tinggi, yang diabetic melambung-lambung sukatan glukosnya. Yang dapat nama buruk adalah madu yang betul-betul asli. Ingatlah kalau nak beli madu, belilah dari wakil pengedar yang sah. Madu yang orang dok jual tepi-tepi jalan tu, ok juga tapi berhati-hatilah. Madu yang baik, tiada buih-buih atas permukaan madu. Madu yang meletup bukanlah madu yang baik, itu gas hasil penapaian. Tanyalah pada yang pakar..hehe

Monday, October 20, 2008

Majlis Sambutan Aidil Fitri QS Khaula

QS Khaula Holding akan mengadakan majlis sambutan Aidil Fitri dan pelancaran produk baru campuran Teh Herba Sireh Merah di Restoran Nelayan, Tasik Titiwangsa pada 25 Oktober 2008 mulai jam 2:00 petang. Semua pemasar, pemborong dan pembekal negeri dan pembeli madu Khaula dijemput hadir ke lokasi yang dinyatakan. Dengar cerita nak jemput Timbalan Menteri Kesihatan.
Sila maklumkan kehadiran kepada Pengurus, En Anuar di 013-3840842 atau e-mel arbinjus4u@gmail.com

Friday, September 26, 2008

Salam Aidil Fitri 1429 Hijrah

Kepada semua pembaca blog ini khususnya kepada semua pelanggan madu Khaula, SM ingin menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf kepada Tuan/Puan jika terdapat sebarang kesilapan yang SM lakukan khususnya berkenaan bahasa yang SM tulis dalam blog ini. Nak balik kampung tu bawak-bawak le madu sekotak..hehe

Salam Aidil Fitri, Minal'Aidil Wal Faizin



Monday, September 15, 2008

Setiap Tahun Begitu

Rakan-rakan berniaga mengeluh, bila tiba bulan Ramadhan, jualan merosot. Saya kata, alah kan setiap tahun begitu. Musim puasa ni' orang sibuk nak beli baju raya anak-anak, beli kurma, beli karpet, beli langsir. Beli madu lupa lah kejap. Tak mengapa nanti lepas Raya nanti ok lah semula. Memang lumrah setiap tahun apabila tiba bulan Ramadhan, tumpuan orang ramai nak membeli barang-barang yang mereka biasa beli tu jadi berubah. Priority berubah sekejap.
Dalam masa yang sama isu madu Khaula tiruan yang dijual sangat murah dan main buang-buang harga semakin menjadi-jadi. SM pun rasa jualan memang turun, kadang-kadang sebab nak lancarkan stok dan pusingan modal, terpaksalah SM kurang berkira-kira sedikit. Charge transport dikurangkan asalkan madu Khaula boleh 'jalan'. Ini pun strategi juga, sama seperti pusat membeli belah yang sekali-sekala membuat jualan 'sale'. Untuk menggalakkan orang membeli dalam tempoh waktu tertentu. SM pun terpaksa buat begitu di Perak, kalu tidak tak jalan madu Yeop....

Friday, July 25, 2008

Madu Daripada Iran

Ketika ini di pasaran terdapat beberapa jenis atau jenama madu daripada Republik Islam Iran. Berikut adalah beberapa jenama tersebut:-
i. Madu Khaula
ii. Madu Majesty
iii. Madu Kausar
iv. Madu Kandoo dan,
v. Madu Aljannah
Ada beberapa jenama lagi tetapi SM menganggap madu yang jenamanya ditulis di atas adalah antara yang biasa SM lihat. Persoalannya yang selalu ditanya adalah:
-Madu ni sama ke tidak?
-Madu ni asli ke tidak?
-Madu mana yang lebih baik?
-Madu ni sama ke dengan madu Khaula (yang paling popular)
-Madu ni madu dari Azarbayjan jugak?
-Madu dari Sabalan?
SM tak pernah membeli atau mencuba madu selain daripada madu Khaula. Bukannya SM tak percaya tetapi macam tak berapa minat nak beli. Kesimpulan yang SM boleh buat adalah begini. Tidak dapat dinafikan semua madu Iran yang lain mengambil madu Khaula sebagai rujukan, baik daripada segi asal-usul, botol, khasiat dan nama madu itu sendiri.
Cuba kita lihat madu Kausar, SM tahu pengimport madu ini adalah bekas pengedar madu Khaula daripada satu tempat sekitar Kuala Lumpur. Botol lebih kurang sama. Asalannya pun dikatakan dari Azarbayjan juga sama macam madu Khaula. Cuma mereka ada di botolkan dalam banyak saiz dan dikatakan madu ini dibotolkan berasaskan bunga monoflora atau poliflora. Khasiatnya pula dikatakan berbeza-beza ikut jenis madu.
Madu Majesty pula diimport oleh bekas pekerja QS Khaula Trading. Dikhabarkan mereka berpakat dengan orang tengah dari Iran yang dulu pernah menjadi orang tengah kepada syarikat pengeluar madu Khaula. Tak banyak yang SM boleh cerita tentang madu ini cuma bentuk botolnya tidak sama seperti madu Khaula.
Madu Kandoo pula pernah cuba dipasarkan oleh bekas pengedar madu Khaula daripada Batu Caves. Namun SM perhatikan madu Kandoo ini telah gagal bersaing di pasaran. SM rasa sebab kualiti yang jauh berbeza berbanding madu Khaula.
Yang terbaru adalah madu Aljannah yang mendakwa bahawa madu keluaran mereka dibawa daripada kawasan yang sama seperti madu Khaula iaitu Sabalan Azarbayjan. Botol berbentuk sama seperti madu Khaula.
Jika diperhatikan semua jenis/jenama madu yang bersaing di pasaran ini dijual oleh mereka yang dahulunya pernah mempunyai kaitan dengan madu Khaula. Semuanya mendakwa madu mereka berasal daripada kwasan yang sama dengan madu Khaula. Mengapa ini berlaku? SM fikir kekuatan madu Khaula adalah kerana taraf ia sebagai perintis bagi madu Iran yang terdapat di Malaysia. Selain daripada itu hubungan secara langsung Puan Khaula dengan pengeluar madu Khaula iaitu Sabalan Shahd yang membezakan antara madu ini dengan madu yang lain yang mana madu selain madu Khaula berurusan dengan orang tengah. Jadi semangatnya lain sikit. Puan Khaula pula telah di'ijazah'kan oleh orang Iran ini berkenaan ilmu madu. Daripada segi kualiti dan khasiat, madu Khaula telah terbukti mempunyai nilai perubatan yang tinggi dan sesuai diminum oleh rakyat Malaysia daripada golongan orang tua, dewasa, remaja, kanak-kanak dan bayi lelaki dan perempuan.
Bukan SM hendak over kempen madu Khaula tetapi daripada pengalaman SM sendiri telah menjual madu ini sejak 4 tahun yang lalu. Pengalaman SM berjumpa dengan pelbagai jenis orang yang bermasalah kesihatan ini telah menunjukkan kesan yang mendalam dan berterima kasih kerana bertemu dengan madu Khaula.
Apa yang perlu diperbaiki adalah madu Khaula harus lebih agresif untuk mempromosikan madu ini terutamanya di media elektronik. Kalau dapat diiklankan di TV semasa waktu puncak. SM rasa pasti madu ini akan 'meletup' di pasaran. Dalam keadaan promosi yang hidup segan mati tak mahu ini pun, madu Khaula dapat dijual dengan baik dan ada return sale. Cumanya gangguan-gangguan daripada penjual yang main harga (jual murah) dan madu tiruan/palsu (imitation) yang dikatakan banyak di pasaran, itulah cabarannya sekarang.
Apa-apa pun madu Khaula adalah madu Iran yang paling popular di pasaran kerana nilai perubatannya yang tinggi dan ada kredibiliti. Kalau kempen gila-gila tapi bila pengguna beli dan didapati tiada kesan, alamatnya sekali sajalah mereka beli tapi Alhamdulillah madu Khaula terbukti ada pelanggan ulangan. Maka kesimpulannya: SM cadangkan belilah madu Khaula. Jangan beli madu yang sifatnya "macam madu Khaula". Chow........

Wednesday, July 9, 2008

Happy Birthday SM


Alhamdulillah hari ini, 9hb Julai 2008 genap lah SM berumur 40 tahun. SM catatkan di sini sebagai rekod dan sejarah SM sendiri. Telah 4 tahun SM menjual madu Khaula ni. Dah bermacam-macam dugaan dan cabaran SM terima. Macam-macam tuduhan SM menjual madu tiruan lah, madu Iran jenama lainlah. Pernah SM nak disaman oleh seorang wanita yang pada masa itu telah 'dibuang' dari senarai pengedar. Bukannya SM yang buang tapi pihak syarikat sendiri yang buang kerana melanggar syarat pengedar.

SM ucapkan terima kasih kepada semua pelanggan SM yang setia dan masih membeli madu Khaula sehingga kini. Hanya Allah sahajalah yang akan membalas kesetiaan Tuan/Puan. Mudah-mudahan kita semua diberi Allah rezeki yang murah dan kesihatan yang barakah. Selamat Hari Lahir SM. Di seluruh dunia banyak peristiwa berlaku pada hari ini, 9hb Julai. Apa peristiwa itu, lihat di sini, sini dan sini.